trt – In shaa Allah.
1Malaysia. – 1Malaysia benci dap. Alhamdullilah
Doa akhir Ramadan.
*🕋Satu Perkongsian Doa Akhir Ramadhan 🕋*
BACA DAN HAYATI SEBELUM HABIS WAKTU SUBUH SAMPAI AKHIR RAMADAN
Muga2 Allah maqbulkan
Doa Dan munajat kita.
Aamiin
*DOA AKHIR RAMADHAN*
*Ya Allah…* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami.
*Ya Allah…* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.
*Ya Allah…* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.
*Ya Allah…* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa kami.
*Ya Allah…* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke Syurga untuk kami.
*Ya Allah…* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.
*Ya Allah…* lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.
*Ya Allah…* sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.
*Ya Allah…*
▪️Lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. ▪️Selamatkanlah setiap seorang dari kami dengan Iman dan Taqwa.
▪️Jadikanlah kami calon Syurga Mu.
▪️Sempurnakanlah akhlak kami dan lindungilah kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.
*Ya Mujibbasailin…*
▪️Limpahilah kami dengan sifat-sifat kebaikan dan terpuji.
▪️Jadikanlah kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.
*Ya Allah…*
Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.
*Ya Allah…*
Janganlah Kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang.
*Andainya ini Ramadhan terakhir buat kami…*
▪️Jadikanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati
▪️Jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayang Mu
▪️Jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus segala dosa-dosa kami
*Ya Allah…*
Temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan Kau pilihlah kami dikalangan hamba Mu yang dapat beramal di malam Al-Qadr
*Ya Allah…*
▪️Terimalah amalan kami
▪️Terimalah taubat kami
▪️Ampunkanlah dosa kami
▪️Amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi
▪️Kurniakanlah kepada kami Syurga Mu yang maha luas nikmatnya
*Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni* (dibaca 3 kali)
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
*Silalah dikongsikan DOA ini agar sama-sama peroleh pahala dan dirahmati oleh-Nya.*
Selamat Hari Raya.
Tiada kemungkinan penampakan anak bulan Khamis ini – IAC
Peristiwa Sungai Manik.
Hidayah milk Allah.
Tolonglah..
Watch “Forever and ever” on YouTube